Wednesday, December 12, 2012

TIPS KESELAMATAN KEBAKARAN


Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran berikut dapat membantu anda mencegah kebakaran :

  1. Disyorkan supaya memasang alat pengesan asap di setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
  2. Pastikan ada 2 laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya.
  3. Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan (yang boleh menyebabkan mengantuk).
  4. Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang ke tempat buangan sampah.
  5. Elakkan membuat penyambungan yang boleh membebankan litar elektrik.
  6. Letakkan mancis / pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  7. Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah terbakar (contoh: pencair cat, turpentin, minyak tanah) hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
  8. Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sebentar, dan jauhkannya dari kanak-kanak.
  9. Anda disyor meletakkkan satu unit alat pemadam api di rumah samada dari jenis debu kering ataupun jenis gas (lihat contoh-contoh di bawah).
Alat pemadam api jenis Debu Kering ABC

Alat pemadam api jenis gas 
"Power Punch 911 Fire Extinguishing Spray" 
- berkesan melawan kebakaran peringkat awal oleh semua peringkat dan umur 
(kanak-kanak, wanita dan warga emas)

*Sumber rujukan - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

No comments:

Post a Comment