Wednesday, October 17, 2012

KEBAKARAN MELIBATKAN KEDIAMAN DAN NYAWA... Apakah persediaan anda..?

APAKAH PERSEDIAAN ANDA..?

Adakah anda memiliki alat pemadam api mudah-guna "Power Punch 911" di rumah anda? Hubungi saya 013-2832 864

Kes 1) Empat Sekeluarga Mati dalam Kebakaran Rumah Kedai 2 Tingkat 
(Ditulis oleh Admin Bomba)
Khamis, 23 Disember 2010 22:34 - Terakhir dikemaskini Khamis, 23 Disember 2010 22:43


PULAU PINANG 22 Dis. – Seorang bapa tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan bagaimana empat ahli keluarganya maut selepas rumah kedai dua tingkat yang mereka duduki musnah dalam kebakaran di Jalan Perak, di sini awal pagi ini.
Heoh Hooi Poh, 57, yang kehilangan isteri, ibu serta dua anak dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu menangis teresak-esak ketika menceritakan usaha anak lelaki yang turut maut dalam kejadian itu ketika menyelamatkan ahli keluarga mereka
“Anak lelaki saya naik semula ke atas untuk menyelamatkan ibu dan kakaknya selepas berjaya membawa neneknya turun. Saya tidak sangka dia juga turut terkorban bersama mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang hari ini.
Kebakaran itu meragut nyawa isterinya, Goey Siew Keow, 56; anak lelakinya, Neoh Soon Aik, 16, dan anak perempuan, Neoh Li Hong, 18. Ibunya, Lim Chai Hwa, 73, yang berjaya diselamatkan Soon Aik meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dipercayai akibat sesak nafas.



Kes 2) Sepuluh Dari Dua Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang
Ditulis oleh Admin Bomba
Khamis, 12 Januari 2012 17:46 -

GEORGE TOWN, 11 Jan (Bernama) -- Sepuluh orang dari dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua rumah papan berkembar di Padang Asam, Bayan Lepas di sini musnah dijilat api. Seorang mangsa kebakaran, Lim Siew Na, 16, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di hadapan rumahnya sebelum ternampak kereta milik ayahnya terbakar dan api kemudian merebak hingga membakar rumahnya. "Api berpunca dari rumah jiran kami. Sekelip mata sahaja rumah saya dan jiran musnah," katanya.

Lim Chai Guan, 33, pula berkata ketika kejadian beliau berniaga buah tidak jauh daripada kediamannya sebelum bergegas pulang selepas mendapat panggilan telefon daripada anaknya yang memaklumkan kejadian itu.
"Satu barang pun tidak dapat diselamatkan tetapi semua ahli keluarga saya sempat menyelamatkan diri cuma ibu saya Khaw Chai Hua mengalami sesak nafas dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru Rohaizat Yusoff berkata Bomba menerima panggilan pada pukul 4.17 petang 10 anggota dengan dua jentera mengambil masa 15 minit untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya. Kebakaran itu turut memusnahkan dua motosikal dan sebuah kereta.
"Kebakaran berpunca dari salah sebuah rumah lalu menyambar kereta dan motosikal pemilik rumah kedua. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat," katanya.

Sumber berita : BERNAMA ONLINE

Kes 3) Bayi 6 bulan kritikal melecur teruk dalam kebakaran
Ditulis oleh Admin Bomba
Khamis, 16 Ogos 2012 07:59 -

16 Ogos 2012 BUTTERWORTH - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan berada dalam keadaan kritikal akibat melecur teruk dalam kebakaran sebuah rumah pangsa tingkat 4, Mak Mandin di sini, pagi ini.Dalam kejadian 10.36 pagi itu, Y. Meysshvin, yang melecur 70 peratus di muka dan badan sedang tidur apabila api dipercayai dari tempat sembahyang rumah terbabit terjatuh lalu terbakar dan merebak ke seluruh rumah. Walaubagaimanapun, bayi tersebut diselamatkan oleh jiran berhampiran yang terdengar tangisan bayi dari rumah terbabit. 

Penjaga bayi itu, G. Sarojah, 48, berkata ketika kejadian bayi itu sedang tidur di dalam buaian dan dia tiada rumah.
"Saya tinggalkan bayi itu kerana saya pergi ke pasar yang terletak di bawah rumah. Apabila pulang saya dapati rumah saya telah terbakar," katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya, di sini hari ini. Beliau berkata bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang pada 12 tengah hari untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata sepasukan tujuh anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 10.36 pagi.
"Semasa kami sampai bayi berkenaan telah diselamatkan oleh jiran-jiran yang memecah masuk ke rumah itu," katanya.
Mohamad Shoki berkata bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran yang memusnahkan 90 peratus rumah tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan

No comments:

Post a Comment