Friday, December 14, 2012

KESELAMATAN DI RUMAH... Adakah anda pasti rumah anda selamat..?


ADAKAH RUMAH ANDA SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK
Tulisan: Khairunnisa Hussin

Rumah dikatakan tempat paling selamat berlindung tetapi tanpa disedari kemalangan di rumah sering menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak dan warga tua.

Ramai tidak prihatin soal keselamatan di rumah terutama bagi anak kecil berusia 2 - 4 tahun. Perlu disedari, kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa anak dan membawa kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.

Mengikut perangkaan  Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan kemalangan di rumah,
- 25% membabitkan kemalangan kecil seperti luka, terseliuh dan bengkak;
- 10% kemalangan perlu rawatan seperti patah, luka besar yang perlu jahitan, disengat serangga berbisa dan melecur.
- 5% yang perlu dimasukkan ke hospital akibat kemalangan teruk seperti terbakar, jatuh dengan cedera di kepala, dan
- 1% lagi cacat seumur hidup.

Menurut Pakar Pediatrik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Zulkifli Ismail, yang juga Pakar Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur, kanak-kanak berusia 2 - 4 tahun lebih mudah mendapat kemalangan di rumah. "Pada usia inilah mereka mula bergerak cergas tetapi tidak dapat membezakan antara bahaya dan selamat," katanya.

Menurut Dr Zulkifli secara purata kemalangan berlaku adalah seperti berikut:-
- lebih kurang 36%  di ruang tamu dan ruang makan,
- 22% di ruang legar, 
- 18% di luar rumah, 
- 9% di dapur, dan
- 4% di bilik mandi.


Ruang Tamu, Anjung dan Tangga



Kemalangan bagi kanak-kanak banyak terjadi di sini membabitkan jatuh biasa atau serius. 

Rumah yang mempunyai  anak tangga dan bahagian split-level patut dibuat sekatan atau palang supaya kanak-kanak, terutama yang berusia 4 tahun ke bawah, tidak dapat turun dan naik sendiri. 

Pastikan barangan dan permainan tidak dibiarkan bertaburan di atas tangga kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak, juga orang dewasa, terjatuh.

Menurut Dr Zulkifli jangan sekali-kali membiarkan anak kecil sendirian di tingkat atas rumah, di atas anjung atau tempat-tempat tinggi. Jatuh dari tempat tinggi boleh menyebabkan kecederaan serius seperti patah dan pendarahan otak.


Pastikan perabot di ruang tamu tidak mengundang kemalangan kerana kanak-kanak suka memanjat dan mereka tidak tahu bahaya yang menanti. Jangan letak perabot dekat tingkap atau beranda yang boleh dipanjat oleh anak-anak.

Bilik mandi

Lemas dan jatuh adalah di antara kemalangan yang kerap terjadi di rumah. Bilik mandi tempat berbahaya jika dibiarkan kanak-kanak bawah usia 6 tahun bermain atau mandi sendirian kerana mereka boleh lemas atau jatuh kerana licin. Kejadian lemas di bilik mandi selaIunya terjadi kepada anak-anak berusia 1~2 tahun. Pastikan semua tempat simpanan air ditutup selepas digunakan kerana kanak-kanak boleh jatuh ke dalamnya dan lemas walaupun ia hanya sedalam 15 - 30 cm.

Kejadian lemas di luar rumah (kolam, tasik atau longkang) sering terjadi pada kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas.


Bayi kecil yang dimandikan tidak boleh ditinggalkan sendirian, walaupun sekejap. Mereka mungkin jatuh tertonggeng, tertiarap dan lemas. Bawa bayi anda bersama jika anda terpaksa mengalih perhatian kepada sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa.

Menurut Dr Zulkifli jangan sekali-kali mandikan anak kecil di dalam sinki kerana ini boleh menyebaban kepala mereka terhantuk pada tepi sinki dan akan berlaku retak tempurung kepala atau pendarahan otak. Bayi patut dimandikan di dalam besen di atas lantai.

Kanak-kanak harus dimandikan di atas lantai supaya mereka tidak mudah jatuh. Jatuh yang teruk dari tempat tinggi boleh menyebabkan patah teruk dan darahan. Pastikan jubin bilik mandi jenis tidak licin. Banyak kecederaan patah tulang paha di kalangan warga tua disebabkan jatuh ketika berada di bilik mandi.


Bilik tidur

Kanak-kanak tidak mengenal erti bahaya. Katil yang selalunya enak dan empuk dibuat tidur boleh juga mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Antara bahaya itu adalah seperti kanak-kanak mungkin boleh terjatuh dari katil, terhempas barang-barang berat seperti seterika dan lemas terhimpit / tertimpa oleh selimut atau bantal.

Alat elektrik yang tidak digunakan patut disimpan di tempat selamat dan digulung wayarnya. Alat elektrik yang rosak atau terkoyak wayarnya tidak patut digunakan kerana kanak-kanak mungkin terkena kejutan elektrik ketika memegangnya.

Soket elektrik mesti dilindungi dengan penutup keselamatan dan pastikan suis ditutup untuk mengelak kanak-kanak daripada bermain dengannya.

Menurut Dr Zulkifli ramai ibu bapa tidak tahu yang barangan kosmetik pun boleh menyebabkan keracunan terutama pada anak-anak kecil. Tarikan kepada warna-warna dan bau alat solek akan menyebabkan mereka terdorong memasukkannya ke dalam mulut dan ini boleh menyebabkan keracunan. Ibu bapa seharusnya meletakkan alat solek mereka di tempat tinggi yang tidak boleh dicapai oleh anak-anak. Ubat-ubatan ibu bapa juga patut disimpan di tempat yang berkunci. Jangan makan ubat di hadapan anak kerana mereka akan meniru perbuatan ini.

Pilihan katil kanak-kanak perlu dibuat dengan bijak. Perlu dipastikan agar ia tidak dicat dengan cat bertoksid kerana kanak-kanak kecil suka menggigit katil dan ini boleh menyebabkan keracunan. Jarak di antara palang-palang katil anak juga mesti kurang daripada 6 cm supaya badan dan kepala anak tidak boleh bolos di antara dua palang.

Dapur

  • Boleh dikatakan dapur tempat paling berbahaya dibiarkan kanak-kanak berada di situ sesuka hati. Menurut Dr Zulkifli kanak-kanak sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke dapur sama sekali. "Ramai ibu bapa tidak sedar dapur boleh mendatangkan bahaya kepada anak mereka. Mereka boleh terjatuh, tersiram minyak atau air panas, terkena api dapur dan keracunan bahan cucian.
  • Menurut Dr Zulkifli banyak perkara perlu diambil perhatian menjamin keselamatan di dapur termasuk jangan alas meja jika ada anak kecil. Mereka mungkin menarik alas meja dan menyebabkan barang-barang di atas meja terjatuh ke atas mereka. Masakan panas perlu diletak jauh di tengah meja supaya tidak tersimbah.
  • Pemegang periuk dan kuali juga perlu diletakkan menghala ke bahagian dalam agar sukar bagi kanak-kanak mencapainya. Banyak kes melecur berlaku kerana tersimbah makanan dan minyak panas dari periuk dan kuali.
  • Di dapur juga selalunya banyak bahan pencuci disimpan. Pastikan anda menyimpannya di dalam almari bertutup dan berkunci atau di tempat tinggi yang sukar dicapai kanak-kanak.
  • Elakkan mengguna botol minuman untuk menyimpan cecair beracun seperti minyak tanah, turpentin dan racun serangga. Cecair beracun perlu disimpan di dalam botol asal dan bukan di dalam botol minuman. Ini dapat mengelakkan anak anda daripada terminum bahan beracun ini.

Laman rumah

  • Ini termasuk taman dan bahagian laman. Kemalangan yang sering berlaku ialah sengatan dan gigitan serangga berbisa seperti lebah, kala jengking, tebuan dan lipan. 
  • Perlu diingatkan, kanak-kanak mesti diawasi apabila bermain di taman kerana mereka tidak dapat membezakan antara binatang berbisa dan tidak. Kanak-kanak lebih kecil patut diawasi supaya tidak makan daun-daun beracun di laman rumah. 
  • Kanak-kanak berusia lebih 2 tahun juga perlu penjagaan rapi apabila mereka keluar rumah kerana mereka mungkin akan berlari keluar ke tepi jalan tanpa melihat kenderaan yang lalu lalang. Ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
  • Ibu bapa yang mengundur kereta perlu memastikan anak-anak mereka tidak berada di belakang kereta. Banyak kemalangan serius membawa maut membabitkan ibu bapa sendiri melanggar anak mereka tanpa disedari.
  • Bagi warga tua pula, kemalangan yang sering terjadi ialah jatuh di bilik mandi dan juga di tempat-tempat licin di rumah. Perlu dipastikan yang tempat-tempat ini selamat untuk mereka kerana warga tua lebih senang mengalami patah tulang apabila terjatuh.
  • Untuk rumah yang mempunyai anak tangga, pastikan ada lampu menerangi tempat itu supaya mereka tidak terjatuh apabila bangun pada waktu malam. Warga tua juga sering terlibat dalam kebakaran. Pintu rumah perlu dipastikan agar mudah keluar masuk kerana dalam kebanyakan kes kebakaran yang dilaporkan, mangsa terkunci di dalam rumah.

Panduan

  • Jangan biarkan anak anda mandi sendirian di dalam bilik mandi.
  • Peralatan rumah yang tajam dan berbahaya mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
  • Perabot berbucu tajam tidak sesuai rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.
  • Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.
  • Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan. Bekas berkunci penting kerana menyukarkan kanak-kanak membukanya
  • Elakkan mengguna pintu atau tingkap kaca kerana kanak-kanak mungkin menerpa dan tercedera.
  • Jika tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, pastikan ruang di antara palang tepi tangga tidak lebar sehingga boleh memboloskan kepala atau dada kanak-kanak. Jarak setiap palang mesti kurang daripada 6 sm.
  • Elakkan mengguna buaian untuk menidurkan anak berusia 8 bulan lebih kerana kemungkinan mereka  terjatuh adalah tinggi.
  • 'American Academy of Paediatric' memaklumkan bahawa 'walker' tidak selamat untuk kanak-kanak dan ia terbukti tidak membantu kanak-kanak berjalan dengan lebih cepat.
  • Pastikan rumah anda dipasang alat pengesan asap (smoke detector alarm device).
  • Dapur perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api (fire extinguisher) untuk memadam kebakaran kecil dapur jika berlaku.
  • Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain dari pintu utama Elakkan memasang jeriji yang sukar dibuka.

Thursday, December 13, 2012

KESELAMATAN KEBAKARAN DI KOLEJ / ASRAMA


Berada berjauhan dari rumah menyebabkan anda terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih, termasuk memastikan asrama / kolej bebas daripada kebakaran.

Memasak

  • Anda hanya boleh memasak jika dibenarkan
  • Jika menggunakan dapur, pastikan bersih dan tidak bersepah
  • Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan, atau membebankan palam pencucuh elektrik
  • Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi.  Jika api bermula daripada ketuhar mikro gelombang, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket.  Jangan cuba untuk memindahkan bekas yang terbakar dari ketuhar mikro gelombang

 Merokok

  • Hanya merokok di tempat yang dibenarkan untuk merokok
  • Gunakan bekas habuk rokok yang besar / berat, dan  pastikan puntung rokok dipadamkan betul-betul sebelum dibuang
  • Jangan sekali-kali merokok dalam keadaan mabuk, atau setelah mengambil ubat-ubatan (yang boleh menyebabkan mengantuk) sambil berbaring di atas katil

Lilin

  • Lilin hanya boleh dinyalakan jika mendapat kebenaran
  • Pastikan nyalaan lilin diawasi, dan gunakan pemegang  yang stabil (diletakkan jauh dari dinding, langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah terbakar
  • Elakkan titisan lilin menitis pada bahan mudah terbakar, dan jangan biarkan ia menyala sampai ke hujungnya

Sentiasa Bersedia Menghadapi Kemungkinan Kebakaran

  • Pelan pengungsian bangunan perlu dipraktikkan dengan cara turut serta dalam latihan kebakaran (seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar). Tanda bahaya yang palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.
  • Kenalpasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu bagi memastikan anda dapat keluar walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.
  • Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50 peratus lebih tinggi berbanding dengan bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkan bateri dari peranti pengesan asap. 
  • Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda dari dijilat api. la dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan mengawal kebakaran. Elakkan dari menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun muncungnya.
  • Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang kecil. Jangan bermain dengan pemadam kebakaran.
  • Apabila terdengar penggera / siren kecemasan berbunyi, segera beredar, dan tutup pintu sebaik sahaja anda keluar. Jika tidak dapat menyelamatkan diri, kembali semula ke bilik anda.

Tips Menyelamatkan Diri

  • Jika dalam keadaan asap, selamatkan diri anda dengan cara merangkak dan pastikan kepala anda berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 cm) dari paras lantai (tahap ini udaranya bersih).
  • Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. 
  • Sebaliknya jika asap dan haba mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif.
  • Sekiranya anda terperangkap, hubungi pihak Bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda. Tutup ruang di bawah pintu dengan menggunakan selimut, cadar, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik.
  • Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap anda. Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.
Tiada satu pun bangunan yang benar-benar selamat. Walaupun bilik asrama atau rumah anda diperbuat dari konkrit, ianya boleh menghasilkan toksik yang berpunca dari api yang kecil.

*Sumber rujukan - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL APABILA BERLAKU KEBAKARAN :

  1. JANGAN PANIK..! Bunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
  2. HUBUNGI BALAI BOMBA YANG BERDEKATAN. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
  3. CUBA PADAMKAN API DENGAN ALAT PEMADAM API YANG BETUL (sekiranya boleh atau jika mampu, sementara menanti ketibaan pasukan bomba). AWAS..!!! Jangan sampai membahayakan diri anda. Nyawa lebih penting dari segala-galanya...
  4. KELUAR SEGERA DARI TEMPAT KEBAKARAN (sekiranya kebakaran tidak dapat / tidak boleh dikawal lagi) dan dapatkan bantuan jiran berdekatan.

Gunakan "Power Punch 911 Fire Extinguishing Spray" untuk kebakaran peringkat awal (Hubungi saya di 013-2832864 / 010-2343846 untuk tempahan)

PETUA-PETUA UNTUK MEMASTIKAN SUPAYA TIDAK TERPERANGKAP DALAM KEBAKARAN


1) PASTIKAN JALAN KELUAR YANG SELAMAT


Api...semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.


2) BINCANGKAN PELAN MENYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA

Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang adalah bagus supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.

3) CUBA ELAKKAN PEMASANGAN JERIJI

Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

4) PASTIKAN JALAN KELUAR TIDAK TERHALANG OLEH SEBARANG OBJEK

Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

5) PASTIKAN TEMPAT SIMPANAN KUNCI TIDAK DIUBAH DAN MUDAH DIAMBIL

Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana letaknya kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.

6) MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP

Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah sebagai alat untuk memberi amaran dan sebagai isyarat bermulanya kebakaran.

Pengesan asap mudalih (menggunakan bateri) yang terdapat di pasaran.


* Sumber rujukan : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Wednesday, December 12, 2012

PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API

Secara umumnya, terdapat lima (5) jenis / kelas api telah dikenalpasti. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf" yang piawai bagi setiap jenis / kelas api yang boleh dipadam.

Kelas Api 
Penerangan 
A
 Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan     mudah bakar. 
 Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain. 
 Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
D 
 Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium. 
E 
 Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial. 


 





















Alat pemadam api jenis semburan "Power Punch 911"  sangat mudah digunakan kerana tanpa pin... Hanya tanggalkan penutup dan semburkan ke arah api dengan jarak selamat antara 2 ~ 3 meter...

Kaedah am mengenai Cara Mudah Menggunakan Alat Pemadam Api (APA) yang terdapat di pasaran :
  • Cabutkan Pin
  • Halakan nozel ke pangkal (base) api
  • Tekan tuil (lever)
  • Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan

*Sumber rujukan - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

MENCEGAH KEBAKARAN DI DAPUR

Mencegah Kebakaran Di Dapur

Keselamatan Kebakaran Di Dapur
  • Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
  • Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.
  • Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Kebersihan Dapur
  • Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau diatas ruangan aktiviti memasak.
  • Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.
  • Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.

Cegah Kebakaran

  • Makanan yang dimasak dalam "microwave" menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan tutup dengan cermat.
  • Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar kepada stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur. 

Keselamatan Litar Elektrik Di Dapur

  • Gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam satu masa.
  • Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus.
  • Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik.
  • Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti.
  • Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa.

Memadam Kebakaran Di Dapur

Kebakaran minyak

Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk berlaku :
  • Padamkan api dapur.
  • Tutup permukaan dengan tudung.
  • Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk. 
  • Buka penutup perlahan-lahan.

Kebakaran Oven atau Ketuhar

Apabila kebakaran dalam oven atau ketuhar berlaku :
  • Tutup sumber elektrik.
  • Ubah ke tempat terbuka / lapang.
  • Pastikan pintunya sentiasa tertutup.

*Sumber - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK

Keselamatan Barangan Elektrik

KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK
  • Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh terbakar.
  • Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu
  • Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu terkena hentaman yang kuat.
KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH
  • Alatan elektrik yang dipasang di luar rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca.
  • Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu neon atau lampu "kelip-kelip".
  • Jangan gunakan perkakasan elektrik di luar rumah ketika permukaan tanah dalam keadaan basah melainkan peralatan tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan.
  • Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu luar.
KABEL ELEKTRIK
  • Jangan menyentuh kabel kuasa - anda mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk.
  • Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh dari kabel kuasa.
  • Laporkan kerosakan kabel kuasa dan tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai yang menghampirinya.
TANDA AMARAN
Kenalpasti masalah-masalah elektrik yang wujud sebelum terjadinya renjatan dan kebakaran. Perhatikan perkara-perkara berikut :-
  • Masalah berulang seperti flus terputus atau bekalan terputus.
  • Terdapat kejutan karan apabila anda menyentuh perkakasan elektrik.
  • Berbau getah terbakar yang datang dari perkakasan elektrik.
  • Lampu berkelip-kelip. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi besar. Hubungi pihak berkuasa Tenaga Nasional Berhad atau juruteknik yang berkelayakan.
STATISTIK RENJATAN ELEKTRIK
  • Setiap tahun renjatan elektrik dan kebakaran menyebabkan beratus-ratus orang mati dan beribu-ribu mengalami kecederaan. Beberapa asas keselamatan eiektrik dapat mengurangkan risiko kepada anda.
KEROSAKAN FlUS DAN LITAR
  • Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan pendawaian yang menyebabkan bekalan terputus, jangan kembalikan ke kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku dan atasi masalah tersebut.
  • Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai ukuran dari segi kemampuan menampung beban elektrik. Apabila anda menukar fius pastikan ianya mampu menampung kemampuan litar.
  • Seterika dan lain-lain peralatan pemanas menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan gunakan plug lebih dari satu di soket atau litar yang sama.
PEMUTUS LITAR (ELCB)
  • Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku kerosakan litar dan peralatan elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus fius biasa. ELCB tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan hendaklah dibuat dengan menekan 'butang ujian'.
SOKET ELEKTRIK
  • Soket elektrik tiga cabang adalah diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain.
  • Pastikan plug anda sesuai dengan soket elektrik.
  • Sekiranya terdapat anak kecil di rumah anda letakkan di rumah anda letakkan penutup plastik keselamatan di soket yang digunakan.
PERKAKASAN ELEKTRIK
  • Perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM.
  • Simpan perkakasan elektrik yang menghasilkan kepanasan seperti seterika sekurang-kurangnya 1 meter dari tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar.
  • Pastikan plug tidak dipasang pada perkakasan kecil seperti 'toaster', 'coffeemakers' apabila tidak digunakan.
  • Mengadakan ruang udara yang mencukupi di sekitar komponen elektrik seperti komputer, stereo system untuk mencegah bahang panas yang berlebihan.
PENDAWAIAN/PENYAMBUNG
  • Gunakan pendawaian mengikut kadarnya.
  • Gantikan pendawaian yang rosak.
  • Pastikaan sambungan tidak menghalang laluan atau disorok di bawah karpet.
  • Gunakan penyambung yang diluluskan oleh  SIRIM

*Sumber - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

TATACARA PENGGUNAAN ALTERNATIF PENCAHAYAAN (Lilin / Pelita)

Tatacara Penggunaan Alternatif Pencahayaan (Lilin / Pelita)

 
Pengendalian lilin / pelita yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik kebakaran menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat penyalahgunaan lilin / pelita kian meningkat.
  • Pastikan lilin atau sebarang punca api yang digunakan di dalam pengawasan anda.
  • Padamkan semua lilin sebelum meninggalkan bilik atau sebelum tidur. Penggunaan liIin di dalam bilik tidur adalah tidak digalakkan. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan lilin diletakkan di tempat yang bebas dari langsir, kain, perabot, majalah dan suratkhabar.
  • Pastikan lilin tidak diletakkan berhampiran dengan cecair mudah bakar.
  • Elakkan memasang Iilin berhampiran tingkap atau pintu, di mana ia terdedah kepada tiupan angin yang boleh mengakibatkan ia mudah terbakar bila bertindak balas dengan api.

GUNAKAN PEMEGANG LILIN YANG:
  • Stabil. Tidak mudah menjadi condong atau miring.
  • Bukan daripada bahan mudah bakar.
  • Mempunyai ruang yang mencukupi bagi mengumpul titisan lilin atau jika lilin terjatuh.
Letakkan lilin di atas tempat yang stabil, dan di atas permukaan meja yang tidak bersepah, jauh daripada bucu meja.

Elakkan dari terjaluh akibat dilanggar oleh kanak-kanak, binatang peliharaan atau tikus dan jika terjaluh pastikan ia tidak berhampiran atau terkena bahan mudah bakar. Hidupkan lilin dengan cermat.

Pastikan rambut dan pakaian anda bebas dari punca api.
Pastikan sumbu lilin digunting pada satu perempat inci sebelum digunakan.
Padamkan lilin jika ia terbakar dalam dua inci dari pemegang Iilin.
Padamkan lilin dengan cermat menggunakan pemadam lilin atau tiup lilin dengan perlahan-Iahan.
Padamkan dan sejukkan balang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.

PENGGUNAAN LILIN DAN KANAK-KANAK

Berdasarkan statistik kebakaran, ia menunjukkan bahawa hampir sepuluh peratus kebakaran berlaku di rumah adalah berpunca dari kanak-kanak akibat pengendalian lilin yang tidak betul.
  • Jauhkan lilin yang sedang menyala daripada kanak-kanak bermain dengan lilin mahupun titisan lilin dan pastikan ia tidak terkena dengan sebarang bahan mudah bakar.
  • Pastikan anda mengawasi Iilin atau sebarang punca api yang terdedah walaupun seketika, terutamanya apabila terdapat kanak-kanak.
  • Kanak-kanak perlu diberi penerangan tentang bahaya api lilin.
  • Letakkan liIin, mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak, terutamanya di dalam kabinet yang berkunci.
Semasa bekalan elektrik terputus di kebanyakan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya. Elakkan dari menggunakan lilin ketika kecemasan.
  • Sentiasa sediakan lampu suluh dan bateri sebagai pengganti lilin.
  • Pastikan anda tidak mengangkat lilin yang sedang menyala.
  • Sebaiknya anda tidak menggunakan lilin yang dipasang bagi melihat atau menerangi semasa menambah cecair mudah bakar.
  • Padamkan semua lilin sebelum meeninggalkan bilik atau sebelum tidur.

*Sumber - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia