Thursday, December 13, 2012

MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL APABILA BERLAKU KEBAKARAN :

  1. JANGAN PANIK..! Bunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
  2. HUBUNGI BALAI BOMBA YANG BERDEKATAN. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
  3. CUBA PADAMKAN API DENGAN ALAT PEMADAM API YANG BETUL (sekiranya boleh atau jika mampu, sementara menanti ketibaan pasukan bomba). AWAS..!!! Jangan sampai membahayakan diri anda. Nyawa lebih penting dari segala-galanya...
  4. KELUAR SEGERA DARI TEMPAT KEBAKARAN (sekiranya kebakaran tidak dapat / tidak boleh dikawal lagi) dan dapatkan bantuan jiran berdekatan.

Gunakan "Power Punch 911 Fire Extinguishing Spray" untuk kebakaran peringkat awal (Hubungi saya di 013-2832864 / 010-2343846 untuk tempahan)

PETUA-PETUA UNTUK MEMASTIKAN SUPAYA TIDAK TERPERANGKAP DALAM KEBAKARAN


1) PASTIKAN JALAN KELUAR YANG SELAMAT


Api...semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.


2) BINCANGKAN PELAN MENYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA

Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang adalah bagus supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.

3) CUBA ELAKKAN PEMASANGAN JERIJI

Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

4) PASTIKAN JALAN KELUAR TIDAK TERHALANG OLEH SEBARANG OBJEK

Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

5) PASTIKAN TEMPAT SIMPANAN KUNCI TIDAK DIUBAH DAN MUDAH DIAMBIL

Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana letaknya kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.

6) MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP

Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah sebagai alat untuk memberi amaran dan sebagai isyarat bermulanya kebakaran.

Pengesan asap mudalih (menggunakan bateri) yang terdapat di pasaran.


* Sumber rujukan : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

No comments:

Post a Comment