Wednesday, October 17, 2012

KEBAKARAN MELIBATKAN KEDIAMAN DAN NYAWA... Apakah persediaan anda..?

APAKAH PERSEDIAAN ANDA..?

Adakah anda memiliki alat pemadam api mudah-guna "Power Punch 911" di rumah anda? Hubungi saya 013-2832 864

Kes 1) Empat Sekeluarga Mati dalam Kebakaran Rumah Kedai 2 Tingkat 
(Ditulis oleh Admin Bomba)
Khamis, 23 Disember 2010 22:34 - Terakhir dikemaskini Khamis, 23 Disember 2010 22:43


PULAU PINANG 22 Dis. – Seorang bapa tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan bagaimana empat ahli keluarganya maut selepas rumah kedai dua tingkat yang mereka duduki musnah dalam kebakaran di Jalan Perak, di sini awal pagi ini.
Heoh Hooi Poh, 57, yang kehilangan isteri, ibu serta dua anak dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu menangis teresak-esak ketika menceritakan usaha anak lelaki yang turut maut dalam kejadian itu ketika menyelamatkan ahli keluarga mereka
“Anak lelaki saya naik semula ke atas untuk menyelamatkan ibu dan kakaknya selepas berjaya membawa neneknya turun. Saya tidak sangka dia juga turut terkorban bersama mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang hari ini.
Kebakaran itu meragut nyawa isterinya, Goey Siew Keow, 56; anak lelakinya, Neoh Soon Aik, 16, dan anak perempuan, Neoh Li Hong, 18. Ibunya, Lim Chai Hwa, 73, yang berjaya diselamatkan Soon Aik meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dipercayai akibat sesak nafas.



Kes 2) Sepuluh Dari Dua Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang
Ditulis oleh Admin Bomba
Khamis, 12 Januari 2012 17:46 -

GEORGE TOWN, 11 Jan (Bernama) -- Sepuluh orang dari dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua rumah papan berkembar di Padang Asam, Bayan Lepas di sini musnah dijilat api. Seorang mangsa kebakaran, Lim Siew Na, 16, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di hadapan rumahnya sebelum ternampak kereta milik ayahnya terbakar dan api kemudian merebak hingga membakar rumahnya. "Api berpunca dari rumah jiran kami. Sekelip mata sahaja rumah saya dan jiran musnah," katanya.

Lim Chai Guan, 33, pula berkata ketika kejadian beliau berniaga buah tidak jauh daripada kediamannya sebelum bergegas pulang selepas mendapat panggilan telefon daripada anaknya yang memaklumkan kejadian itu.
"Satu barang pun tidak dapat diselamatkan tetapi semua ahli keluarga saya sempat menyelamatkan diri cuma ibu saya Khaw Chai Hua mengalami sesak nafas dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru Rohaizat Yusoff berkata Bomba menerima panggilan pada pukul 4.17 petang 10 anggota dengan dua jentera mengambil masa 15 minit untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya. Kebakaran itu turut memusnahkan dua motosikal dan sebuah kereta.
"Kebakaran berpunca dari salah sebuah rumah lalu menyambar kereta dan motosikal pemilik rumah kedua. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat," katanya.

Sumber berita : BERNAMA ONLINE

Kes 3) Bayi 6 bulan kritikal melecur teruk dalam kebakaran
Ditulis oleh Admin Bomba
Khamis, 16 Ogos 2012 07:59 -

16 Ogos 2012 BUTTERWORTH - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan berada dalam keadaan kritikal akibat melecur teruk dalam kebakaran sebuah rumah pangsa tingkat 4, Mak Mandin di sini, pagi ini.Dalam kejadian 10.36 pagi itu, Y. Meysshvin, yang melecur 70 peratus di muka dan badan sedang tidur apabila api dipercayai dari tempat sembahyang rumah terbabit terjatuh lalu terbakar dan merebak ke seluruh rumah. Walaubagaimanapun, bayi tersebut diselamatkan oleh jiran berhampiran yang terdengar tangisan bayi dari rumah terbabit. 

Penjaga bayi itu, G. Sarojah, 48, berkata ketika kejadian bayi itu sedang tidur di dalam buaian dan dia tiada rumah.
"Saya tinggalkan bayi itu kerana saya pergi ke pasar yang terletak di bawah rumah. Apabila pulang saya dapati rumah saya telah terbakar," katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya, di sini hari ini. Beliau berkata bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang pada 12 tengah hari untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata sepasukan tujuh anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 10.36 pagi.
"Semasa kami sampai bayi berkenaan telah diselamatkan oleh jiran-jiran yang memecah masuk ke rumah itu," katanya.
Mohamad Shoki berkata bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran yang memusnahkan 90 peratus rumah tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan

Tuesday, October 16, 2012

TAHUKAH ANDA...? KERETA ANDA BOLEH TERBAKAR... ! Apa persediaan ANDA...?

Apa persediaan ANDA...jika kenderaan anda terbakar?

Sudahkah anda memiliki alat pemadam api mudah-guna "Power Punch 911" dalam kenderaan anda? Hubungi saya di 013-2832 864 




 


Antara faktor-faktor penyebabnya...

1.   Pendawaian yang tidak betul tidak mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang tidak bertauliah. Arus elektrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar dan kebakaran

2.    Pengubahsuaian atau penambahan sistem elektrik, enjin dan aksesori kenderaan,
      
3.    Sistem pembumian (earthing) yang tidak cukup / tidak efektif

4.    Berlaku litar pintas (‘short-circuit’)

5.    Berlaku pemanasan berlebihan (‘overheating’) akibat dari kerosakan pendingin air (‘radiator’) kenderaan tetapi “AWAS...! HANYA PERIKSA PARAS AIR ‘RADIATOR’ SEMASA ENJIN KENDERAAN MASIH SEJUK SAHAJA..”

6.    Kebocoran bahanapi dari tangki dan enjin. Kebanyakan kebakaran kereta bermula dari ruangan enjin. Sebarang kebocoran pada hos dan pam boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem elektrik

7. Bahan mudah terbakar yang diletak tempat simpanan belakang kereta juga boleh menyebabkan kebakaran

8.    Penyenggaraan yang lemah - radiator, minyak enjin, bateri, brek kereta dan sebagainya

9.    Puntung dan bara api dari perokok juga boleh menyebabkan kebakaran kereta




APA YANG HARUS DILAKUKAN SEKIRANYA KERETA TERBAKAR:-


- Jika sedang memandu, SEGERA berhentikan kereta di sebelah kiri jalan atau di laluan kecemasan

- Matikan enjin kereta, dan segera keluar dari kereta

- Cuba padam api sekiranya dapati api masih kecil (kebakaran awal)


- JANGAN CUBA PADAM API YANG SEDANG MARAK dengan alat pemadam api kerana alat pemadam api pada kereta terlalu kecil untuk memadam api yang sedang marak

- Hubungi pihak Bomba




RENCANA sedutan dari KOSMO Online...sila rujuk di bawah


Punca kereta terbakar

Sebanyak 45 peratus akibat pengubahsuaian enjin kenderaan yang ekstrem.


KEBAKARAN boleh berlaku di mana-mana sahaja.



SAYA tidak ingat apa-apa kecuali jeritan Allahuakhbar suami sebelum saya tercampak keluar menerusi cermin depan bersama anak kedua yang saya peluk erat.
“Dalam keadaan separuh sedar, saya cuba meminta tolong daripada orang ramai supaya selamatkan suami dan seorang lagi anak saya yang berada di dalam kereta yang terbakar.”
Begitulah cerita Rohana Ahmad, 26, yang kehilangan suami, Lans Koperal Mohd. Azni Abdul Aziz, 29, dan anak sulung, Mohd. Norakmal Danial, 6, dalam kemalangan di Kilometer 270.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Seremban, Negeri Sembilan pada 2 Disember 2008.
Suaminya, arwah Mohd. Azni yang bertugas di cawangan kereta Peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Mohd. Norakmal meninggal dunia dengan tubuh separuh terbakar di dalam kereta Proton Perdana V6 yang mereka naiki.


Sebelum itu, keluarga ini dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Seksyen 20, Shah Alam.
“Kami bercuti selama empat hari di rumah mertua saya di Felda Sungai Emas, Kota Tinggi, Johor. Selepas balik ke Shah Alam, kami bercadang untuk pulang ke kampung saya di Bota Kanan, Perak pada sebelah malam,” katanya.
Mengimbau kembali kenangan hitam itu, kata Rohana, kereta yang dipandu suaminya hilang kawalan setelah mereka terkejut melihat satu kemalangan lain di depan. Gagal mengelak, kereta mereka merempuh kereta-kereta yang terlibat lebih awal dalam kemalangan itu.
“Selepas itu kami merempuh pembahagi jalan sebelah kanan sebelum dirempuh kereta Proton Waja dari arah belakang. Akibatnya kereta kami terbakar,” kongsi Rohana.
Kes meningkat setiap tahun
Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yahaya Madis, kes yang melibatkan kereta terbakar di negara ini meningkat setiap tahun.
“Untuk rekod, pada tahun 2008 terdapat 2,101 kes melibatkan kebakaran kereta di seluruh negara berbanding 2,052 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2006 pula sebanyak 1,811 kes dicatatkan.
“Jika melihat kepada bilangan kes, ia meningkat setiap tahun. Walaupun peningkatannya tidak mendadak, ia perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa,” katanya.
Ujarnya lagi, punca utama kebakaran kereta disebabkan oleh kemalangan iaitu pelanggaran kereta dengan kereta atau jentera berat lain. Selain itu, kebocoran minyak petrol juga menjadi punca.
Menyentuh mengenai lokasi kejadian, Tuan Yahaya tidak dapat memberi penjelasan yang spesifik kerana kemalangan yang melibatkan kebakaran kereta boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di lebuh raya, jalan persekutuan mahupun jalan kampung.
“Tetapi peratusan kes kemalangan kebakaran kereta yang menyebabkan kematian tidak tinggi. Namun saya menasihatkan setiap pemilik kereta persendirian supaya menyimpan alat pemadam api di dalam kenderaan masing-masing sebagai langkah keselamatan.
“Bukan mahal, beli alat pemadam api jenis natrium hidrogen karbonat/amonium sulfat seberat tiga kilogram pada harga antara RM60 hingga RM80.
“Situasi mungkin panik tetapi sekiranya kita bertindak pantas ia dapat menyelamatkan jiwa dan juga harta seseorang,” ujarnya.
Ubahsuai supaya lebih laju
Mohd. Nizam Abrahim, 32, seorang mekanik yang berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam membaiki dan mengubahsuai kereta berpendapat, 45 peratus kereta terbakar disebabkan oleh pengubahsuaian enjin yang melampau.
Realitinya ramai pemilik kereta di negara ini yang gemar mengubahsuai enjin kereta untuk membuatkan kenderaan mereka lebih laju.
“Malangnya ramai yang tidak sedar pengubahsuaian yang keterlaluan tanpa mengikut spesifikasi asal serta kemampuan enjin kenderaan boleh menyebabkan kereta terbakar,” ujarnya yang bekerja di sebuah bengkel kereta di Cheras, Kuala Lumpur.


KEMALANGAN turut menjadi punca kereta terbakar.



Katanya lagi, walaupun sekadar perubahan paip enjin sebanyak 30 darjah daripada kedudukan asal, ia mampu memberi impak buruk kepada enjin.
Bahagian enjin boleh menjadi panas secara tiba-tiba kerana sistem pengaliran bendalir tidak sempurna selain masalah sistem elektrik dan hidraulik yang boleh menyebabkan kereta terbakar.
“Namun, penambahan aksesori seperti lampu, radio, pembesar suara dan pedingin hawa, risiko kereta terbakar tidak begitu besar berbanding pengubahsuaian melampau enjin dan faktor kemalangan sendiri,” kata Mohd. Nizam yang mengendalikan kira-kira empat kes kereta terbakar dalam setahun.


RENCANA sedutan dari KOSMO Online...sila rujuk di bawah


KERETA TERBAKAR SEMASA DIBAIKIRabu Mei 5, 2010
IPOH: Seorang wanita terpaksa berputih mata menyaksikan kereta Toyota Estima miliknya hangus di depan mata semasa ia sedang dibaiki oleh seorang mekanik hari ini.

Norlaila Zakaria, 34, bagaimanapun bersyukur kerana kenderaannya itu tidak terbakar semasa sedang dipandu.

"Kejadian berlaku begitu pantas namun mujurlah ia tidak terbakar semasa saya sedang memandu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Simpang Pulai-Ipoh kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, enjin kenderaannya tiba-tiba berhenti mengejut.

"Selepas lebih 10 minit, ada mekanik datang membantu untuk menghidupkan semula kereta tetapi percikan api keluar di bahagian depan dan tidak sampai beberapa saat kemudian, api mulai marak," katanya.

Norlaila berkata mekanik terbabit berusaha memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam apai tetapi tidak berjaya.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 20 minit sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai tiba untuk memadamkan api. -


Thursday, October 11, 2012

TAHUKAH ANDA...? RUMAH ANDA BOLEH TERBAKAR... Apakah persediaan anda?

Apa persediaan ANDA...jika ini terjadi?

Sudahkah anda memiliki alat pemadam api mudah-guna "Power Punch 911" di rumah anda? Hubungi saya di 013-2832 864 


Berikut adalah di antara faktor-faktor penyebab kebakaran di rumah:-


1. Dapur masak punca utama kebakaran.
  • penyalahgunaan dapur gas di dalam rumah...seperti menyalakan ubat nyamuk, rokok dan sebagainya..                                         
  • tiada penyenggaraan berkala seperti memeriksa kebocoran pada selinder gas, hos penyambung, dan dapur gas..                                                                                
  • penggunaan hos yang bukan tahan-api (non-fire resistant)..                                                                                
  • jarak kedudukan dapur memasak (stove) dan selinder gas terlalu dekat..                                                                      
  • meletakkan bekas memasak yang panas di atas selinder gas..                                                                             
  • kedudukan selinder gas di dalam rumah yang tiada 'pusingan udara ('ventilation') yang cukup.. 
  • makanan yang sedang dimasak ditinggalkan di atas dapur memasak.
  • dapur dan pemanggang berlumuran dengan minyak dan lemak.
  • ampaian / kain-baju, pengelap dan langsir berhampiran dapur dan pembakar roti.


2. Kerosakan pendawaian mendatangkan bahaya dan litar-pintas
  • Suis lampu atau suis alat elektrik rosak
  • Bahan penebat dawai-dawai elektrik tertanggal dan dawai terdedah.
  • Membuat penyambungan, pembaikan dan pendawaian elektrik sendiri tanpa pengetahuan mengenai elektrik.
3. Bebanan poin kuasa elektrik.
  • Penyesuai berganda yang lebih dari satu dan papan kuasa boleh membebankan poin kuasa.
4. Kabel penyambung (extension wire) rosak diletak di bawah permaidani atau perabot.
5. Merokok di atas katil dan terlelap
6. Penggunaan pemetik api /mancis, lilin dan pelita semasa bekalan elektrik terputus

TAHUKAH ANDA...?

JANGKAMASA REBAKAN KEBAKARAN

Bergantung kepada keadaan persekitaran, dengan pertemuan 3 elemen utama penyebab kebakaran iaitu (1) OKSIJEN (Oxygen).., (2) BAHANAPI (Fuel).., dan (3) HABA (Heat)...kebakaran kecil akan mengambil masa 3 minit dan kurang daripada 7 minit untuk ia menjadi lebih besar...merebak dan seterusnya mengakibatkan BENCANA...!!!

Penghapusan kebakaran Peringkat Awal hendaklah dibuat serta-merta dalam masa tersebut oleh mana-mana individu yang mula-mula nampak ancaman kebakaran itu.  Sekiranya tiada tindakan kecemasan dibuat dalam jangkamasa berkenaan, maka kesukaran akan dihadapi...dan mereka mestilah melangkah keluar SEGERA menyelamatkan diri dari situasi kebakaran tersebut.

"LANGKAH AWAL MENYELAMATKAN NYAWA... kerana NYAWA LEBIH BERHARGA DARI SEGALA-GALANYA..."


"1 KELUARGA...1 PEK PEMADAM API MUDAH-GUNA..."
TAHUKAH ANDA...?

3 ELEMEN KEBAKARAN

Kebakaran terjadi akibat pertemuan 3 elemen utama iaitu:-
(1) OKSIJEN (Oxygen)..,
(2) BAHANAPI (Fuel).., dan
(3) HABA (Heat)..


Pencegahan kebakaran oleh individu, dan/atau proses pemadaman kebakaran yang berkesan ialah dengan cara berikut:-
(a) mengelakkan daripada pertemuan 3 elemen tersebut, DAN / ATAU 
(b) memisahkan salahsatu dari ketiga-tiga unsur berkenaan

Terdapat pelbagai kaedah pemadaman kebakaran yg biasanya dilakukan oleh pihak Bomba atau Pasukan Pemadam Kebakaran, dan salahsatu daripadanya adalah melalui Kaedah Menyahkan Oksijen yang mengurangkan rebakan dan nyalaan api...

Kaedah menyahkan oksijen inilah juga merupakan fungsi Alat Pemadam Api Mudah-Guna / Mudah-Alih yang perlu disediakan di setiap dapur rumah, kenderaan, pejabat dan sebagainya...yang boleh dioperasikan oleh setiap golongan termasuk wanita, wargatua dan juga kanak-kanak (dengan sedikit latihan penggunaan)...

"BERINGAT SEBELUM KENA...NYAWA LEBIH BERHARGA DARI SEGALA-GALANYA...UTAMAKAN KESELAMATAN"

ALAT PEMADAM KEBAKARAN AWAL (MUDAH-GUNA)

Yang mana satu PILIHAN anda...

MENGUTAMAKAN KESELAMATAN...
Berbelanja membeli Alat Perlindungan / Mencegah Kebakaran (yang harganya SEDERHANA dan MAMPU-MILIK).....
ATAU...

MENGABAIKAN KESELAMATAN... 
MENDERITA KEHILANGAN HARTABENDA (bernilai ribuan, puluhan hingga RATUSAN RIBU @ mungkin JUTAAN RINGGIT) akibat kebakaran hanya kerana sikap AMBIL MUDAH dan mungkin sayang nak berbelanja ke arah tuuu...







Memperkenalkan produk Alat Memadam Api Jenis Semburan tanpa 'Safety Pin' iaitu POWER PUNCH 911 yang boleh memadamkan  Kebakaran Peringkat Awal dengan mudah...seterusnya melindungi / menjaga keselamatan dan hartabenda pengguna.



Maklumat Faedah Produk

1. Mudah digunakan / dikendalikan

2. Selamat dan sangat mudah dipegang / dikendalikan.

Hanya dengan 4 jari (seperti memegang tin minuman) walaupun oleh suri-suri rumah, warga emas meskipun oleh kanak-kanak dengan hanya menanggalkan 'plastic cap' dan tekan butang produk bagi memadamkan nyalaan kebakaran awal dari jarak 2 ~ 3 meter
  
3. Mesra-alam, dan tidak meletup dalam suhu panas.

4. Pelbagai cara semburan meskipun bekas tin produk diterbalikkan semasa semburan

5. Ekonomi

Agen penyemburan tidak akan beku oleh itu tidak perlu digoncang dan ditukar

6. Sesuai memadamkan semua jenis kebakaran awal (peringkat permulaan)

Di dapur, kereta, pejabat dan sebagainya.

7. Tidak perlu isi semula (refill), dan tidak perlu sijil perakuan pemadam kebakaran (certificate of fitness).