Thursday, October 11, 2012

TAHUKAH ANDA...?

3 ELEMEN KEBAKARAN

Kebakaran terjadi akibat pertemuan 3 elemen utama iaitu:-
(1) OKSIJEN (Oxygen)..,
(2) BAHANAPI (Fuel).., dan
(3) HABA (Heat)..


Pencegahan kebakaran oleh individu, dan/atau proses pemadaman kebakaran yang berkesan ialah dengan cara berikut:-
(a) mengelakkan daripada pertemuan 3 elemen tersebut, DAN / ATAU 
(b) memisahkan salahsatu dari ketiga-tiga unsur berkenaan

Terdapat pelbagai kaedah pemadaman kebakaran yg biasanya dilakukan oleh pihak Bomba atau Pasukan Pemadam Kebakaran, dan salahsatu daripadanya adalah melalui Kaedah Menyahkan Oksijen yang mengurangkan rebakan dan nyalaan api...

Kaedah menyahkan oksijen inilah juga merupakan fungsi Alat Pemadam Api Mudah-Guna / Mudah-Alih yang perlu disediakan di setiap dapur rumah, kenderaan, pejabat dan sebagainya...yang boleh dioperasikan oleh setiap golongan termasuk wanita, wargatua dan juga kanak-kanak (dengan sedikit latihan penggunaan)...

"BERINGAT SEBELUM KENA...NYAWA LEBIH BERHARGA DARI SEGALA-GALANYA...UTAMAKAN KESELAMATAN"

No comments:

Post a Comment