Thursday, December 13, 2012

KESELAMATAN KEBAKARAN DI KOLEJ / ASRAMA


Berada berjauhan dari rumah menyebabkan anda terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih, termasuk memastikan asrama / kolej bebas daripada kebakaran.

Memasak

  • Anda hanya boleh memasak jika dibenarkan
  • Jika menggunakan dapur, pastikan bersih dan tidak bersepah
  • Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan, atau membebankan palam pencucuh elektrik
  • Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi.  Jika api bermula daripada ketuhar mikro gelombang, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket.  Jangan cuba untuk memindahkan bekas yang terbakar dari ketuhar mikro gelombang

 Merokok

  • Hanya merokok di tempat yang dibenarkan untuk merokok
  • Gunakan bekas habuk rokok yang besar / berat, dan  pastikan puntung rokok dipadamkan betul-betul sebelum dibuang
  • Jangan sekali-kali merokok dalam keadaan mabuk, atau setelah mengambil ubat-ubatan (yang boleh menyebabkan mengantuk) sambil berbaring di atas katil

Lilin

  • Lilin hanya boleh dinyalakan jika mendapat kebenaran
  • Pastikan nyalaan lilin diawasi, dan gunakan pemegang  yang stabil (diletakkan jauh dari dinding, langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah terbakar
  • Elakkan titisan lilin menitis pada bahan mudah terbakar, dan jangan biarkan ia menyala sampai ke hujungnya

Sentiasa Bersedia Menghadapi Kemungkinan Kebakaran

  • Pelan pengungsian bangunan perlu dipraktikkan dengan cara turut serta dalam latihan kebakaran (seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar). Tanda bahaya yang palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.
  • Kenalpasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu bagi memastikan anda dapat keluar walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.
  • Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50 peratus lebih tinggi berbanding dengan bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkan bateri dari peranti pengesan asap. 
  • Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda dari dijilat api. la dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan mengawal kebakaran. Elakkan dari menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun muncungnya.
  • Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang kecil. Jangan bermain dengan pemadam kebakaran.
  • Apabila terdengar penggera / siren kecemasan berbunyi, segera beredar, dan tutup pintu sebaik sahaja anda keluar. Jika tidak dapat menyelamatkan diri, kembali semula ke bilik anda.

Tips Menyelamatkan Diri

  • Jika dalam keadaan asap, selamatkan diri anda dengan cara merangkak dan pastikan kepala anda berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 cm) dari paras lantai (tahap ini udaranya bersih).
  • Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. 
  • Sebaliknya jika asap dan haba mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif.
  • Sekiranya anda terperangkap, hubungi pihak Bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda. Tutup ruang di bawah pintu dengan menggunakan selimut, cadar, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik.
  • Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap anda. Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.
Tiada satu pun bangunan yang benar-benar selamat. Walaupun bilik asrama atau rumah anda diperbuat dari konkrit, ianya boleh menghasilkan toksik yang berpunca dari api yang kecil.

*Sumber rujukan - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

No comments:

Post a Comment