Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran berikut dapat membantu anda mencegah kebakaran :

- Disyorkan supaya memasang alat pengesan asap di setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
- Pastikan ada 2 laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya.
- Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan (yang boleh menyebabkan mengantuk).
- Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang ke tempat buangan sampah.
- Elakkan membuat penyambungan yang boleh membebankan litar elektrik.
- Letakkan mancis / pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
- Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah terbakar (contoh: pencair cat, turpentin, minyak tanah) hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
- Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sebentar, dan jauhkannya dari kanak-kanak.
- Anda disyor meletakkkan satu unit alat pemadam api di rumah samada dari jenis debu kering ataupun jenis gas (lihat contoh-contoh di bawah).

Alat pemadam api jenis Debu Kering ABC
Alat pemadam api jenis gas
"Power Punch 911 Fire Extinguishing Spray"
- berkesan melawan kebakaran peringkat awal oleh semua peringkat dan umur
(kanak-kanak, wanita dan warga emas)
*Sumber rujukan - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
|
No comments:
Post a Comment