Tatacara Penggunaan Alternatif Pencahayaan (Lilin / Pelita) | ||
Pengendalian lilin / pelita yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik kebakaran menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat penyalahgunaan lilin / pelita kian meningkat.
GUNAKAN PEMEGANG LILIN YANG:
Letakkan lilin di atas tempat yang stabil, dan di atas permukaan meja yang tidak bersepah, jauh daripada bucu meja.
Elakkan dari terjaluh akibat dilanggar oleh kanak-kanak, binatang peliharaan atau tikus dan jika terjaluh pastikan ia tidak berhampiran atau terkena bahan mudah bakar. Hidupkan lilin dengan cermat.
Pastikan rambut dan pakaian anda bebas dari punca api.
Pastikan sumbu lilin digunting pada satu perempat inci sebelum digunakan.
Padamkan lilin jika ia terbakar dalam dua inci dari pemegang Iilin.
Padamkan lilin dengan cermat menggunakan pemadam lilin atau tiup lilin dengan perlahan-Iahan.
Padamkan dan sejukkan balang mancis yang digunakan bagi menghidupkan lilin sebelum membuangnya.
PENGGUNAAN LILIN DAN KANAK-KANAKBerdasarkan statistik kebakaran, ia menunjukkan bahawa hampir sepuluh peratus kebakaran berlaku di rumah adalah berpunca dari kanak-kanak akibat pengendalian lilin yang tidak betul.
Semasa bekalan elektrik terputus di kebanyakan rumah, lilin biasanya dijadikan alternatif sumber cahaya. Elakkan dari menggunakan lilin ketika kecemasan.
*Sumber - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
|
Blog ini sesuai bagi sesiapa yang ingin mencari maklumat berkaitan KESELAMATAN. Sebagaimana yang setiap orang tahu bahawa keselamatan adalah perkara yang terpenting dalam hidup kita tidak kira di mana kita berada samada di RUMAH, JALANRAYA atau di TEMPAT KERJA...
Wednesday, December 12, 2012
TATACARA PENGGUNAAN ALTERNATIF PENCAHAYAAN (Lilin / Pelita)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment