Secara umumnya, terdapat lima (5) jenis / kelas api telah dikenalpasti. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf" yang piawai bagi setiap jenis / kelas api yang boleh dipadam.
Kelas Api
|
Penerangan
|
A
|
Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah bakar.
|
B
|
Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain.
|
C
|
Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
|
D
|
Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium.
|
E
|
Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial.
|

Alat pemadam api jenis semburan "Power Punch 911" sangat mudah digunakan kerana tanpa pin... Hanya tanggalkan penutup dan semburkan ke arah api dengan jarak selamat antara 2 ~ 3 meter...
Kaedah am mengenai Cara Mudah Menggunakan Alat Pemadam Api (APA) yang terdapat di pasaran :
- Cabutkan Pin
- Halakan nozel ke pangkal (base) api
- Tekan tuil (lever)
- Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan
*Sumber rujukan - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
|
No comments:
Post a Comment